Pages

Saturday, February 19, 2011

Strategies and Method for Teaching the Talented

Artikel 1 - Educational Options and Issues of Gifted Children
Sumber : http://giftedkids.about.com/od/educationoptions/u/education.htm
Menurut Bainbridge, murid-murid pintar merupakan golongan yang memerlukan bantuan khusus. Hal ini bermaksud, mereka memerlukan kurikulum pendidikan yang berbeza dari murid biasa berdasarkan keperluan intelektual, sosial dan emosional mereka. Seperti juga murid-murid biasa, perkembangan minda murid pintar juga akan terbantut dan gagal mencapai potensi mereka yang sebenar sekiranya tidak disokong oleh kurikulum yang betul. Artikel ini turut menyenaraikan tiga perkara utama yang menjadi nadi perkembangan minda murid pintar iaitu; 'Schooling Option', 'Extracurricular Enrichment Opportunities' dan 'Motivation and Underachievement'. Majoriti ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah kerajaan atau sekolah awam. Namun begitu, kurikulum yang dilaksanakan di sekolah awam kadang-kala tidak menepati keperluan tahap murid pintar. Oleh itu, terpdapat pilihan lain bagi murid pintar untuk meneruskan pengajian mereka iaitu dengan 'home-schooling', sekolah swasta dan juga 'grade-skipping'. Artikel ini memberikan cadangan dan inisiatif yang boleh diambil sebagai rujukan kepada sistem pendidikan negara bagi menyelesaikan dilema yang dihadapi oleh para pendidik dalam mencurahkan ilmu pengetahuan kepada murid pintar.


Artikel 2 - Effective Techniques
Sumber :  http://www.terra.es/personal/asstib/articulos/profes/profes2.htm
Murid yang belajar secara visual seringkali melibatkan sintesis,sistem yang kompleks, penaakulan induktif, aktif menggunakan imaginasi dan sebagainya. Murid-murid pintar menggunakan kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri. Di antara aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan murid-murid pintar adalah visual pemadanan 'puzzle', transformasi visual, mengikut lakaran dan sebagainya. Murid-murid yang belajar secara visual dapat mengingati apa yang mereka lalui sendiri. Maka, pembelajaran menggunakan bahan manipulatif adalah amat kritikal. Di dalam artikel ini juga diberikan beberapa situasi yang bagus untuk digunakan oleh guru-guru kepada murid-murid yang belajar secara visual. Antaranya, menggunakan peralatan visual, bahan konkrit, berfikir sebelum berimaginasi, mengelakkan dari mengulangi dengan terlalu banyak, menggunakan komputer dan sebagainya. Pada pendapat saya, guru haruslah menggunakan pendekatan terkini semasa mengajar bagi mengelakkan murid pintar yang belajar secara visual ini dapat belajar dengan sempurna.


Artikel 3 - Meeting the Need of Gifted Students in the Regular Classroom
Sumber : http://www.teachersfirst.com/gifted/strategies.html
Apakah yang membuatkan nurid pintar berbeza dari murid-murid lain di dalam kelas? Mungkin keupayaan murid pintar itu sendiri dalam menyerap, memproses dan mengaplikasikan maklumat dengan mudah dan cepat. Cadangan-cadangan  berikut dapat membantu memperbaiki keadaan persekitaran pembelajaran yang lebih mencabar serta menggalakan perkembangan minda murid pintar. Yang pertama ialah dengan melakukan projek aktiviti yang bersifat bebas. Murid pintar cenderung untuk mempunyai lebih banyak masa di dalam kelas memandangkan mereka berupaya menyiapkan tugasan dengan lebih cepat. Oleh itu, gunakanlah waktu terluang ini dengan membenarkan mereka mengembangkan minat mereka dalam topik yang sedang dipelajari. Keduanya, melibatkan murid-murid pintar menyertai pertandingan akademik. Selain itu, rangka aktiviti penggayaan bersama murid pintar. Reka tugasan atau projek yang melampaui tahap kemampuan murid biasa. Jangan sesekali menjadikan murid pintar sebagai tutor atau membantu tugas guru. Sebaliknya, carilah mentor yang boleh membimbing mereka ke arah bidang yang diminati. Artikel ini banyak membantu golongan pendidik dalam memilih cara yang terbaik mendidik murid-murid pintar.


Artikel 4 - Strategies for teaching gifted students
Sumber :  http://www.azagt.org/teaching-gifted.html
Bak kata orang, kanak-kanak yang pintar mampu menjaga diri sendiri. Namun, Leta Hollingworth percaya sebaliknya. Bagi beliau, murid yang pintar sebenarnya memerlukan perhatian yang lebih dan persekitan pembelajaran yang sesuai bagi mencapai potensi sebenar mereka. Dari tahun ke tahun, beliau telah melakukan kajian dan penyelidikan mengenai strategi yang sesuai untuk mengajar kanak-kanak pintar. Kajian ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam bentuk buku. Menurut beliau juga, adalah sangat penting bagi ibu bapa untuk berupaya mengesan kepintaran anak mereka seawal usia. Beliau turut menyarankan agar murid pintar harus ditempatkan bersama murid pintar yang lain berbanding meletakkan murid pintar bersama murid biasa. Hal ini kerana, bagi Hollingworth, pergaulan seharian adalah nadi kepada cara beliau mengajar murid-murid pintar. Murid-murid pintar ini dibiarkan mengemudi proses pengajaran dan pembelaran yang biasanya dilakukan oleh guru kepada murid-murid biasa. Beliau turut merasakan bahawa murid pintar akan mendapat manfaat sekiranya diuji dengan cabaran yang lebih dalam kehidupan mereka. Bagi melengkapkan persediaan mereka, kurikulum yang dilaksanakan ke atas mereka mestilah merangkumi pengalaman pembelajaran berdasarkan isu-isu yang biasa dialami oleh orang dewasa. Tuntasnya, artikel ini lebih banyak mengutarakan pandangan dan pengalaman peribadi penulis.


Artikel 5 -Teaching Gifted Children
Sumber :  http://www.creativeteaching.org/teaching_gifted_children.htm
Murid pintar memerlukan pendidikan khas. Para pendidik harus menyedari bahawa murid pintar memerlukan pengalaman belajar yang dirangka khas untuk mereka dan guru hendaklah memantau proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan sebegini dapat mewujudkan persekitaran yang mampu memaksimumkan kemampuan murid. Guru juga diperlukan untuk menyediakan cabaran-cabaran tertentu bagi meningkatkan prestasi murid penting. Dengan berpandukan elemen-elemen kurikulum iaitu, kandungan, proses dan produk, guru dapat menunjukkan pendekatan yang berbeza dalam menilai apa yang dipelajari, bagaimana untuk mempelajari dan bagaimanakah caranya murid-murid mendemonstrasi ape yang telah mereka pelajari. Elemen kandungan dalam kurikulum sekolah merupakan idea, kosep, informasi dan fakta. Kandungan dan proses pembelajaran boleh dimodifikasikan supaya lebih kompak. Modifikasi proses pembelajaran pula merupakan aktiviti yang perlu dirangka berdasarkan keperluan intelektual murid pintar. Penggunaan kaedah pertanyaan, eksplorasi aktif dan soalan yang bertaraf pemikiran yang tinggi. Modifikasi produk pula adalah dengan menggalakkan murid memberi demonstrasi mengenai apa yang telah mereka pelajari dalam erti kata menambah ilmu pengetahuan, kreativiti dan kebolehan memanipulasi idea. Hasil pembelajaran mereka seharusnya melibatkan permasalahan sebenar. Fokus utama adalah cara mereka mensintesis maklumat dan bukannya rumusan maklumat yang diperolehi. Ketiga-tiga elemen ini merupakan intipati utama yang menjadi olahan penulis.

0 comments:

Post a Comment