Pages

Saturday, February 19, 2011

Characteristics and Needs of the Talented Learners

Artikel 1   -     Characteristics and Needs of the Gifted
Sumber : http://www.riage.org/articles/characteristics-and-needs-of-the-gifted
Menurut Dr. Linda Silverman dari Gifted Development Center, ibu bapa adalah golongan yang terbaik yang dapat mengenalpasti kepintaran anak mereka. Kajian mendapati 84% daripada kanak-kanak yang dikatakan pintar oleh ibu bapa mereka menepati skor 120 IQ. Lebih 95% pula menunjukkan bahawa kepintaran dalam lebih dari satu bidang. Namun 'asynchronous development' menyebabkan skor IQ mereka menurun. Jika anda merupakan ibu bapa yang berpendapat bahawa anda mempunyai anak yang pintar, langkah berikut perlulah diambil. Antaranya adalah dengan mengenalpasti sama ada anak anda menjukkan sifat yang unggul dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Anak anda juga perlu diperhatikan sikap ingin tahu secara intelektual, kerap menanya soalan dan menunjukkan minat yang mendalam secara semulajadi tentang manusia dan kehidupan. Artikel ini secara keseluruhannya mengupas dengan baik keperluan dan ciri-ciri pelajar pintar.


Artikel 2 - Characteristics of Gifted Children
Sumber : http://giftedkids.about.com/od/gifted101/a/giftedtraits.htm
Bagi mereka yang berkemahiran berurusan dengan kanak-kanak pintar, adalah mudah bagi mereka untuk mengecam kepintaran seseorang kanak-kanak itu. Begitu juga dengan ibu bapa yang tidak mempunyai kemahiran tersebut mampu mengesan kelainan yang ada pada kanak-kanak pintar berbanding rakan seusia mereka. Namun, ibu bapa seringkali cenderung tertanya-tanya apakah kelainan tersebut.  Mereka tahu bahawa anak mereka bijak, namun adakah mereka sedar bahawa anak mereka sebenarnya tergolong dalam kategori kanak-kanak pintar. Dengan berpandukan senarai ciri-ciri kepintaran berikut, ibu bapa dapat mengenalpasti kepintaran anak mereka. Ciri-ciri yang bersifat kognitif adalah seperti bersikap sangat mendengar kata, mempunyai sikap ingin tahu yang ekstrem, minat yang mendalam, kuat memori, mampu menumpukan perhatian dalam tempoh masa yang lama, mempunyai kemampuan abtraksi, konsepsi dan sintesis yang menganggumkan, fikiran yang lancar dan fleksibel, kemahiran meyelesaikan masalah yang bagus, belajar dengan cepat dan memerlukan kurang latihan dan pengulangan serta imaginasi yang lari dari kebiasaan. Ciri-ciri emosi kanak-kanak pintar pula adalah mempunyai minat yang menebal dalam isu kefalsafahan dan sosial. Mereka juga didapati bersikap lebih sensitif dari segi emosi dan fizikal. Artikel ini secara keseluruhannya menawarkan pengetahuan mengenai ciri-ciri utama yang mudah dikesan oleh ibu bapa dan guru terhadap kanak-kanak pintar.


Artikel 3 - Counseling Needs
Sumber :  http://www.readingrockets.org/article/22722
Kajian masa ini menunjukkan bahawa murid-murid yang pintar dalam bidang akademik tetapi tidak berkemampuan untuk belajar secara menunjukkan mereka memerlukan khidmat kaunseling khas yang kebiasaannya tidak disediakan di peringkat rendah dan menengah. artikel ini menyiasat keperluan sokongan berdasarkan masalah murid tersebut beserta dengan cara mengatasi yang boleh disediakan oleh pihak sekolah. Ramai pengamal kaunseling tidak mengetahui cara untuk campur tangan dalam urusan melibatkan program yang berkesan bagi membantu ketidakupayaan murid-murid pintar untuk menyerap ilmu disebabkan oleh pendekatan pengajaran yang tidak efektif dan tenaga pengajar yang tidak berkemahiran dalam berurusan degan murid pintar.  Murid pintar yang tidak berkeupayaan belajar dengan betul merupakan golongan unik yang mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk berdepan dengan isu masalah sosial dan emosi. Masalah tersebut kemudiannya membawa kepada kemunduran dalam bidang akademik secara berpanjangan. Kesedaran dan pengetahuan mengenai masalah tersebut telah dibincangkan di dalam artikel ini bersama-sama cara mengatasi iaitu melalui bantuan daripada ibu bapa, para pendidik dan rakan sebaya. Tidak lupa juga, batuan daripada kaunselor, pakar psikologi dan psikatri juga diperlukan bagi membantu menjauhkan memori yang buruk, ketakutan dan ketidaktenteraman dalam diri bagi membantu mereka berkembang di alam persekolahan dan peringkat awal kanak-kanak.


Artikel 4 - Gifted?
Sumber : http://www.learnnc.org/lp/pages/771?ref=search
Matlamat proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid pintar dan murid-murid biasa adalah sama sahaja iaitu berdikari, yakin, bersaing, pembelajaran sepanjang hayat dan menjadi manusia berguna kepada diri sendiri dan orang lain. Namun begitu, terdapat perbezaan di antara murid bijak dan pintar. Pada pendapat saya, murid pintar semestinya bijak manakala murid bijak belum tentu pintar. Mengapa?. Hal ini boleh dilihat dengan merujuk kepada beberapa perkara berikut. Pertama sekali, murid bijak mencadangkan dan tahu untuk menjawab tetapi murid pintar sering bertanya soalan. Yang keduanya adalah, murid bijak gembira menjalankan aktiviti bersama rakan sebaya sedangkan murid pintar cuba melakukan aktiviti dengan orang yang lebih tua dari mereka. Akhir sekali, murid bijak adalah seorang yang kuat memorinya manakal murid pintar adalah seorng perekacipta yang hebat. Disenaraikan juga beberapa strategi untuk mengajar murid-murid pintar. Antaranya ialah dengan menyediakan kurikulum yang padat, membina kontrak pembelajaran, merekabentuk pembelajaran yang lebilh bebas supaya murid lebih berdikari dan sebagainya.




Artikel 5 - How to Meet the Special Needs of the Gifted & Talented in General Education Classes?
Sumber :  http://www.ehow.com/how_7361321_meet-talented-general-education-classes.html
Kadangkala murid-murid yang pintar memberikan cabaran kepada guru-guru dengan sentiasa menarik perhatian guru untuk menumpukan perhatian kepada mereka sahaja sehingga boleh mengabaikan keperluan murid-murid lain. Murid pintar juga memerlukan masa tambahan dan persediaan awal oleh guru-guru namun di kelas biasa, tumpuan yang diberikan adalah sama rata. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi kekangan seperti dinyatakan diatas. Pertama sekali, guru-guru hendaklah memantau keadaan murid-murid di dalam kelas secara kerap sepanjang tahun. Institut Davidson mencadangkan guru-guru memberikan satu ujian secara topikal sebelum memasuki topik yang baru bagi mengesan tahap kefahaman murid-murid. Namun begitu, guru tidak boleh meletakkan sasaran yang tinggi dengan memaksa murid-murid yang gagal menjawab dengan baik untuk mengulangi belajar dengan cara yang sama. Sebaliknya, alternatif pembelajaran yang lain perlu diaplikasikan bagi membantu kefahaman mereka. Seterusnya asalah dengan memberi peluang kepada murid-murid pintar untuk belajar secara individu. Kebiasaannya murid pintar mendapati pembelajaran di sekolah biasa sebagai sesuatu yang membosankan. Justeru itu, dengan belajar secara individu dapat membantu mereka dalam mengembangkan bakat dalam bidang yang diminati. Secara keseluruhannya, terdapat beberapa cadangan yang amat berguna diutarakan oleh penulis dalam usaha menyediakan persekitaran pengajaran dan  pembelajaran yang lebih efektif untuk guru-guru dan murid-murid pintar.

0 comments:

Post a Comment