Pages

Thursday, February 17, 2011

Concept of Intelligence

Artikel 1 - Concept of Intelligence According To Modern Science and Ancient Texts
Sumber : http://www.healthandyoga.com/html/dissertations/gomes1/abstract.asp
Menurut Encarta (1998), 'Intelligence' atau kepintaran dapat ditakrifkan sebagai kemampuan seseorang untuk belajar dan memahami. Namun begitu, Gross pula berpendapat bahawa konsep kepintaran adalah begitu sukar untuk didefinisikan. 'General Intelligence' atau kepintaran am telah diutarakan oleh Spearman pada tahun 1923. Idea di sebalik kepintaran am adalah merujuk kepada perihal kepintaran yang mempunyai beberapa jenis. Begitu juga dengan konsep bahawa wujudnya sejenis kepintaran yang dapat diukur iaitu Intelligence Quotient (IQ) yang banyak dipraktikkan. Artikel ini secara totalnya merupakan review kepada beberapa teory tentang kepintaran menurut sains modern dan juga teks kuno. Penulis juga menyatakan kepercayaan beliau mengenai aktiviti yoga yang dapat menambahkan IQ seseorang. Perbincangan mengenai kepintaran juga lebih kepada orang dewasa. Hal ini kerana, penulis tidak langsung menyentuh mengenai kepintaran di peringkat awal kanak-kanak.

Artikel 2 - What Is Intelligence, Anyway?
Sumber : http://talentdevelop.com/articles/WIIA.html
Penulis menyatakan pengalamannya menduduki ujian 'aptitude' atau ujian mengesan bakat. Ujian tersebut hanya bersandarkan kecemerlangan akademik semata-mata. Suatu ketika dahulu, penulis telah berjumpa dengan rakannya yang telah menguji beliau dengan satu soalan kepintaran. Buktinya, walaupun penulis tersebut mendapat markah yang tinggi dalam ujian aptitude tersebut tetapi tidak dapat menjawab soalan rakannya tadi. Jelas di sini menunjukkan bahawa kadang-kadang kita memang mempunyai pengetahuan akademik yang tinggi tetapi tidak dapat menangani situasi harian kita sendiri. Artikel ini secara keseluruhannya berkisar tentang penulisnya Sir Isaac Asimov berkongsi pengalamannya sebagai askar dalam mentakrifkan kepintaran.

Artikel 3 - Intelligence : Nature or Nurture?
Sumber : http://www.rationality.net/intelligence.htm
Kepintaran dapat ditakrifkan sebagai tahap kemampuan seseorang bertindak sejajar dengan perkembangan dalam kehidupan sekitar mereka. Ini merupakan definisi yang begitu ringkas. Artikel yang dipilih ini menyatakan pandangan yang berbeza mengenai konsep kepintaran. Salah satu dari pandangan tersebut ialah dengan menaksirkan kepintaran sebagai kapasiti pemikiran rational seseorang untuk menggabung dan menilai ransangan luaran oleh integrasi input sensorik. Input tersebut dibantu oleh fungsi memori dan program otak. Kedua-dua kualiti dan kuantiti bank memori otak dan unit pusat pemprosesan dan 'cerebral cortex' bergantung kepada bahan genetik yang diperturunkan oleh nenek moyang dari generasi ke generasi. Bahagian terpenting inilah yang menjadi peranti kepadi otak manusia. Seterusnya, bahagian ini merembeskan bahan dalam perhubungan neutron. Kepintaran turut berhubungkait dengan keturunan, bangsa, budaya, kewangan, agama, diskriminasi dan kebahagian. Penulis menyenaraikan kaitan kepintaran dengan perkara di atas. Konsep kepintaran yang dijelaskan juga begitu subjektif dan berbeza-beza dalam setiap bidang.

Artikel 4 - What is giftedness?
Sumber : http://www.gifteddevelopment.com/What_is_Gifted/whatis.htm
Lain orang lain pendapat mereka tentang kepintaran. Mungkin seorang ayah masih tidak menganggap anaknya pintar walaupun telah mendapat 10 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kebiasaannya seorang lelaki mempunyai pandangan yang berbeza mengenai maksud kepintaran berbanding wanita. Lelaki berpendapat bahawa kepintaran adalah berkaitan dengan pencapaian manakal wanita pula mengatakan kepintaran adalah sebagai 'development advancement' atau kemajuan dalam pembangunan. Pertumbuhan lebih cepat  berbanding murid-murid lain sering dikaitkan dengan kembimbangan. Jangkaan wanita adalah tepat kerana kepintaran adalah sememangnya kemajuan dalam pembangunan yang boleh dilihat sejak kecil. Artikel ini secara kasarnya lebih banyak berkisar tentang perbezaan pendapat di antara lelaki dan wanita dari sudut pendapat masing-masing tentang pentakrifan kepintaran itu sendiri. 

Artikel 5 - What is Intelligence?
Sumber : http://www.riskinfo.com/warren/intellig.html
Terdapat pelbagai kontroversi mengenai kepintaran. Apakah yang dimaksudkan dengan kepimtaran, bagaimanakah mengukur kepintaran, kepelbagaian jenis kepintaran dan sebagainya. Beberapa orang ahli psikologi menyatakan pendapat mereka mengenai maksud kepintaran. Saya bersetuju dengan pendapat Stephen Jay gould bahawa kepintaran sebenarnya tidak boleh diukur walaupun terdapat beberapa cara kepintaran tetapi kepelbagaian aspek menjadikan kesukaran mengukur kepintaran. Ahli psikologi seperti Thurstone (1887-1955) hanya menyenaraikan satu perkara tetapi Gurlford pula menyenaraikan lebih daripada 20 aspek yang perlu diambil kira. Dalam mengejar arus kemodenan sekarang ini, kepintaran semakin sukar diukur. Oleh yang demikian, artikel ini menjelaskan bahawa penakrifan kepintaran adalah bersifat subjektif. 

0 comments:

Post a Comment