Pages

Friday, July 8, 2011

Program Permatapintar

PROGRAM PERMATApintar

            Program PERMATApintar Negara dinaungi oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak. Program ini dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Objektif program ini ialah untuk mengenalpasti pelajar pintar, cerdas dan berbakat seawal mungkin supaya potensi dan kebolehan mereka dapat dibangunkan secara optimum.
            Terdapat beberapa program yang dijalankan dibawah Program PERMATApintar. Di antaranya ialah Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara di UKM untuk pelajar berusia 9 hingga 15 tahun, Program PERMATAinsan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia untuk pelajar yang berusia 8 tahun dan AkademiPERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 pada tahun 2011.
            Perkhemahan Khas Matematik dan Sains (PKMS) diadakan khas buat pelajar Tingkatan 3 yang telah berjaya melepasi Ujian PERMATApintar UKM 2. Perkhemahan ini bertujuan mengenalpasti pelajar-pelajar potensi intelek yang tinggi. Pelajar-pelajar ini akan ditawarkan mengikuti Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATApintar UKM.  Antara kandungan kursus perkhemahan ini ialah pemantapan kepimpinan, kemahiran berfikir, kreativiti, kemahiran penyelesaian masalah, sikap proaktif, kemampuan bekerja dalam satu pasukan, kemahiran interpersonal, kemahiran intrapersonal, kemahiran komunikasi, dedikasi, ketabahan dan motivasi.
            Program pendidikan Menengah Tinggi PERMATApintar UKM pula merupakan program pendidikan di UKM. Mereka yang terpilih adalah pelajar yang telah melepasi Ujian PERMATApintar UKM 2 dan telah berjaya menyertai sesi perkhemahan khas. Mereka akan mengikuti sesi persekolahan di UKM untuk Tingkatan 4dan Tingkatan 5. Mereka dikehendaki menduduki SPM dan peperiksaan lain di peringkat antarabangsa. Sesi pembelajaran juga adalah lebih mencabar.
            Kurikulum dan aktiviti yang dijalankan semasa Perkhemahan Khas Matematik dan Sains (PKMS) ialah:
1.        Ujian Kecerdasan Emosi
2.       Ujian Kompetensi (ujian kecekapan untuk Matematik, Sains, Bahasa Melay dan Bahasa Inggeris)
3.       Penyelesaian masalah Matematik dan Sains secara kumpulan
4.       Pembentangan mini projek

Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATAPINTAR Negara pula merupakan program yang dirangka bagi menanpung keperluan pelajar-pelajar pintar dan cerdas di Negara kita. Program berbentuk pengayaan dan pecutan ini telah diadaptasi dari Program Musim Panas (Summer Camp) di Centre for Talented Youth, John Hopkins University. Sama seperti Falsafah Pendidikan Negara, objektif perkhemahan ini adalah untuk mengembangkan bakat dan kebolehan sedia ada pelajar, mengasah potensi pelajarsecara holistic, mengembangkan kemahiran pelajar dan memupuk pembelajaran sepanjang hayat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum berbentuk kesenian dan sukan, program kerohanian dan lawatan sambil belajar.
Berikut adalah kursus yang ditawarkan kepada pelajar.
1.        Menjadi saintis
2.       Penulisan dan imaginasi
3.       Penaakulan mantik
4.       Rekacipta
5.       Pengenalan kepadarobotik
6.       Biologi pecutan
7.       Bioteknologi
8.       Teknologi hujau
9.       Kristal dan polimer
10.   Kriptologi
11.      Kebarangkalian dan teori permainan
12.    Mengarang penulisan
13.    Rekacipta lanjutan
14.    Robotic lanjutan
15.    Sains penerbangan

Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATApintar pula merupakan program yang dilahirkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia yang diberi kepercayaan oleh Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan program ini. Pelajar-pelajar yang ditawarkan adalah terdiri daripada pelajar yang melepasi Ujuan PERMATApintar UKM 1 dan 2 dan Ujian Kompetensi Matematik dan Sains melalui perkhemahan Sains dan Matematik. Program ini mengambil masa 2 tahun dan menekankan kepada pembezaan pembelajaran iaitu pelajar belajar pada aras berbeza mengikut tahap pembelajaran masing-masing. Penekanan banyak diberikan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Maka, kaedah pengajaran yang digunapakai adalah seperti kaedah koperatif dan kolaboratif, perbincangan kumpulan, amali, kajian lapangan, projek penyelidikan, pembinaan folio dan sebagainya. Terdapat beberapa tujuan program ini dijalankan seperti memberi peluang kepada pelajar pintar cerdas untuk mendapatkan pengalaman awal dalam menjalankan projek penyelidikan bagi membangunkan potensi minda yang kreatif dan inovatif dan menjadi model pendidikan pintar cerdas yang melibatkan integrasi kurikulum pendidikan menengah tinggi dengan suntikan sukatan pelajaran tahap pengajian tinggi yang diimbangi dengan kurikulum pendidikan peringkat antarabangsa.
Satu lagi program yang dijalankan ialah ASASIpintar UKM yang bermula pada bulan Jun 2010 dengan kohort pertama sebanyak 250 orang pelajar menyertainya.  Bidang pengajian tertumpu kepada Sains, Teknologi dan Matematik. Program ini menggunapakai kurikulum khas yang mengambil sejumlah 40 jam kredit. Pengendaliannya melibatkan semua fakulti yang berasaskan sains dan teknologi termasuk Fakulti Pendidikan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu. Pelajar berpeluang bersama-sama pakar untuk menjalankan penyelidikan melalui pembelajaran berasaskan masalah.