Pages

Saturday, February 19, 2011

Identification and Assesment of Talented Learners


Artikel 1 - Introduction to the Scales 
Sumber : http://www.prufrock.com/client/client_scans/sigs_chap_1.pdf
Secara tuntasnya, artikel ini menghuraikan secara terperinci mengenai terma "Scales for Identifying Gifted Students" atau singkatannya SIGS yang membawa maksud skala yang dicipta bagi memudahkan pihak sekolah dalam mengenalpasti status murid pintar. Tujuan utama perlaksanaan SIGS adalah bagi membantu mengenalpasti, memantau perkembangan dan juga menjalankan kajian terhadap murid pintar. Terdapat tujuh bidang khas yang dikaji oleh SIGS iaitu kemampuan pengetahuan am, seni bahasa, sains, pengajian sosial, kreativiti dan kepimpinan. Kesemua bidang tersebut dikaji ke atas murid yang berpotensi di sekolah dan  rumah. Menurut artikel di atas, The Improving America's School's Acts 1994 menyatakan bahawa terma 'pintar' kebiasaannya merujuk kepada golongan murid, pelajar, kanak-kanak, remaja dan juga mahasiswa yang menunjukkan prestasi tinggi dan berkemampuan dalam bidang intelektual, kreatif, artistikm, kepimpinan atau dalam bidang akademik yang tertentu tanpa memerlukan bantuan atau aktiviti daripada pihak sekolah dalam mengembangkan bakat tersebut. Terdapat pelbagai inisiatif boleh diambil dalam mengenalpasti kemampuan intelektual secara am. Bagi kebanyakan sekolah, ujian kecerdasan dijalankan ke atas murid tertentu bagi mengenalpasti status kepintaran mereka. Namun begitu, untuk menjalankan ujian kecerdasan adalah penting bagi memastikan bidang yang dikuasai oleh murid tersebut. Artikel ini juga turut menyenaraikan ciri-ciri yang perlu diberi perhatian dalam mengenalpasti murid pintar dalam bidang-bidang yang telah dinyatakan di atas. 

Artikel 2 - Assessing Gifted Children
Sumber : http://www.hoagiesgifted.org/assessing_gifted.htm
Menilai murid-murid pintar mempunyai persamaan dan perbezaan dengan murid-murid lain. Terdapat pelbagai cara untuk menilai murid pintar. Pertama sekali adalah dengan menguji dan menilai. Kedua-dua teknik ini boleh digunakan kerana terdapat kebaikan masing-masing mengikut situasi tertentu. Pengujian lebih kepada menjawab soalan di atas kertas dan mengandungi laporan berbentuk angka. Pengujian adalah terhad kepada maklumat dan perkara-perkara tertentu sahaja. Penilaian pula bukan sahaja pengujian tetapi lebih dari itu yakni merangkumi pelbagai aspek termasuk latihan, orientasi teoritikal, pengalaman individu, pencarian ilmu dan sebagainya. Perkara kedua ialah umur murid tersebut. Bagi murid-murid pintar, mereka didedahkan dengan kepelbagaian perkara lebih awal dari kanak-kanak seusia mereka. Mereka diberi ujian yang biasanya diberikan kepada murid-murid yang lebih berusia. Cara yang kedua ialah dengan memerhatikan gelagat dan kemahiran mereka secara tidak langsung. Maklumat daripada ibubapa menjadi perkara ketiga untuk dinilai. Antara perkara yang boleh diselidiki ialah pendidikan yang diterima sebelum ini, kesihatan, sikap dan sebagainya. Untuk mendapatkan data, guru-guru boleh mendapatkan senarai semak, temuramah dan juga borang soal-selidik. Maklumat yang diperoleh banyak bergantung kepada kemahiran guru dan kerjasama daripada ibubapa. Secara keseluruhannya terdapat beberapa cara untuk kita menilai murid-murid pintar. Guru boleh menilai salah satu dari bentuk penilaian, menggabungkan pelbagai bentuk atau menjalankan semua bentuk penilaian ke atas murid-murid pintar.

Artikel 3 - Identifying Gifted Children
Sumber :  http://www.giftedjourney.com/identifying.html
Terdapat beberapa cara mengenalpasti kanak-kanak pintar. Kebiasaannya, proses pengenalpastian bermula di ruamh sebelum mereka menempuh alam persekolahan. Ibu bapalah yang menjadi insan yang pertama yang berupaya mengecam cara anak mereka memproses maklumat atau mengingati lirik lagu. Kanak-kanak yang pintar cenderung untuk bertutur dengan perbendaharaan kata yang baik, sensitif secara emosi dan fizikal dan juga mampu membaca sebelum mencecah usia pra-sekolah. Terdapat juga beberapa definisi yang boleh digunakan bagi menggambarkan maksud kanak-kanak pintar bergantung kepada keperluan sesebuah sekolah. Sekolah juga perlu merencana kurikulum dan keperluan yang sesuai sejajar dengan perkembangn minda pelajar pintar. Ketika di sekolah, guru perlu menyedari tahap kecekapan murid-murid menyerap maklumat yang diberi. Murid pintar juga akan mengahbiskan tugasan dengan lebih cepat dan tepat berbanding rakan sekelasnya. Bagi ahli psikologi pula, murid pintar perlu menjalani sesi temuduga, ujian IQ dan pandangan ibu bapa mengenai keperluan mereka di sekolah. selain ujian IQ, penilaian pembacaan dan senarai semak tingkah laku juga merupakah langkah pengenalpastian murid pintar. Secara total, artikel ini sangat bermanfaat untuk dirujuk oleh pihak ibu bapa dan guru dalam menyusun strategi pengukuhan minda dan tingkah laku murid pintar.

Artikel 4 - Is My Child Gifted?
Sumber : http://giftedkids.about.com/od/gifted101/p/how_to_identify.htm
Ramai ibu bapa tertanya-tanya sama ada  anak mereka merupakan murid yang pintar atau tidak. Mencari jawapan kepada persoalan ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Walaubagaimanapun, murid yang pintar mempunyai suatu ciri yang nyata yang membezakan mereka dari murid biasa. Antara faktor yang perlu diteliti dalam mengenalpasti status murid pintar ialah dengan melakukan kajian mengenai sifat dan keturunan mereka. Bagi ibu bapa yang sentiasa musykil sama ada anak mereka pintar atau tidak, mereka haruslah merujuk kepada tanda-tanda kebolehan yang lebih baik dan maju berbanding kanak-kanak seusia mereka seperti mampu membaca dengan baik pada umur yang lebih awal, ingatan yang kuat atau perkara yang mampu dilakukan atau difikir oleh orang dewasa. Faktor yang turut perlu diambil perhatian adalah tonggak pembangunan pemikiran anak mereka. Kebiasaannya, kepintaran seseorang itu adalah sangat berkait rapat dengan keturunan. Oleh itu, ibu bapa digalakkan untuk menyenaraikan kelebihan dan perbezaan yang diperhatikan ada pada anak mereka dan membandingkan dengan kanak-kanak seusia dengannya. Artikel ini mengurai dengan sangat baik langkah-langkah yang boleh diambil ibu bapa bagi menyelesaikan kegusaran mereka mengenai kepintaran anak mereka.

Artikel 5 -The Identification of Students Who Are Gifted
Sumber : http://www.ericdigests.org/2004-2/gifted.html 
Menurut artikel yang ditulis oleh Coleman, M.R (2003) ini, perkara-perkara utama yang menjadi pokok perbincangan adalah proses mengenalpasti murid pintar, prosedur pengenalpastian yang betul dan pemilihan prosedur yang dapat membantu proses pengenalpastian dengan lebih mudah dan tepat. Artikel ini turut menegaskan bahawa proses pengenalpastian bukanlah perkara terakhir yang perlu dilaksanakan melibatkan murid pintar. Sistem sekolah yang sedia ada sering mengalami kesukaran untuk melaksanakan proseduar pengenalpastian murid pintar. Bajet yang diperuntukkan bagi pendidikan murid pintar haruslah meliputi kos pengenalpastian dan juga program yang diatur untuk murid pintar. Bukan itu sahaja, pelbagai masalah juga turut dihadapi dalam proses pengenalpastian pelajar pintar kerana untuk mendapatkan keputusan yang tepat, ujian penilaian perlu dijalankan ke atas pelajar ynag betul-betul berpotensi. Antaranya ialah 'Disproportionate Representation' atau perwakilan yang tidak sama rata, 'Disregard for Theoretical Knowledge of Intelligence' atau pengabaian kebijaksanaan pengetahuan teoritikal, 'Inappropriate Use of Statistical Formulas' atau penyalahgunaan formula statistik, dan 'Mismatch between Identification and Services' atau penyalahpadanan di antara pengenalpastian dan perkhidmatan. Proses pengenalpastian yang betul perlu melibatkan tiga perkara utama iaitu kepelbagaian jenis maklumat, sumber maklumat dan juga tempoh masa. Terdapat tiga langkah utama dalam proses pengenalpastian murid pintar iaitu 'General Screening' atau penapisan am, 'Review of Students for Eligibility' atau review murid-murid yang berpotensi dan 'Service Option Match' atau perkhidmatan padanan pilihan. Secara konklusinya, penulis lebih banyak menumpukan cara menentukan prosedur yang tepat dalam mengenalpasti murid pintar daripada program atau kurikulum yang sesuai diatur bagi mereka.

  

0 comments:

Post a Comment