Pages

Saturday, February 19, 2011

Appropiate Curriculum for Talented Learner

Artikel 1 - Effective Curriculum and Instructional Models for  Talented Student
Sumber : http://www.sagepub.com/upm-data/7158_tassel_ch_1.pdf
Kebanyakan orang tertarik dengan isu kurikulum yang sesuai yang perlu dilaksanakan bagi murid pintar. Tujuan artikel ini ditulis adalah bagi mempersembahkan kurikulum yang efektif dan model pembinaan yang perlu menjadi asas kepada proses pengajaran dan pembelaharan murid pintar serta bagi membincangkan kerelevenan perlaksanaan kurikulum tersebut pada situasi persekolahan masa kini. Van-Tassel-Baska menekankan supaya kurikulum bagi murid-murid pintar mengandungi kedua-dua strategi pemecutan (acceleration) dan penggayaan (enrichment). Passon (1982) pula menetapkan 7 prinsip dalam kurikulum iaitu kenal, proses, produk, gelagat dan penilaian. 3 model dalam pembentukan kurikulum ialah The Content Method, The Process/Product Research Method dan The Epistemological Concept Method.  Dalam model yang pertama pelbagai bentuk masalah, tajuk dan buku digunakan. Model yang kedua pula menekankan kemahiran menyiasat secara saintifik dan sosial untuk membina hasil yang berkualiti. Ia menggunakan model kolaborasi yang melibatkan guru dan murid sebagai satu pasukan. Model yang terakhir pula berfokus kepada murid-murid yang berbakat, kefahaman dan menghargai sistem ilmu itu sendiri berbanding segmen individu. Pada hemat saya, ketiga-tiga model ini penting dan perlu diselusuri oleh guru.

Artikel 2 - Javits Program Supports High-ability Learners From Under-represented Populations
Sumber : www.nagc.org/uploadedFiles/Advocacy/javits_fact_sheet_(2007).doc
The Jacob Javits Gifted & Talented Students Education Act (Javits) merupakan satu badan yang menyokong pembangunan murid pintar dan berbakat. Javits telah menyediakan beberapa program seperti Project Athena, Scientist - in-Schools (SIS), Project M3 (mentoring Mathematical Minds), Project Breakthrough and Project SAIL (Students' Active Interndisciplinary Learning). Project Athena menggunakan instrumen penilaian yang baru dan pelbagai kriteria untuk mengenalpasti murid-murid pintar. SIS pula menggabungkan latihan-latihan kepada para guru dan penambahan dalam pengetahuan sains. Projek Breakthrough digunakan sebagai kurrikulum pendekatan tambahan pengetahuan sains dan sosial yang menggunakan pendekatan asas penyelesaian dan inkuiri. Project M3 dijalankan bagi melihat pencapaian 'mathematic and attitude' kepada murid-murid terpilih. Project SAIL menumpukan kepada pengarahan matematik yang sangat tersusun, pembinaan konsep pada kerja terdahulu, dan murid-murid yang bijak terpaksa menunggu kuumpulan mereka menyiapkan tugasan sebelum mereka melakukan tugasan berikutnya. Program yang terakhir sekali ialah Program CHAMPS (Creating High Achievement in Mathematics, Problem-solving, and Science). Program komprehensif ini mengenalpasti dan memberi perkhidmatan kepada pelajar dan latihan penggunaan di sekolah-sekolah yang lemah. Namun, penulisan ini tidak pula menyentuh dan memfokus sepenuhnya kepada murid-murid pintar. Program yang dilakukan juga tidak dapat dibuat secara khusus kepada murid-murid pintar kerana kadangkala ia tutur melibatkan pelajar-pelajar biasa.

Artikel 3 - Modifying Regular Classroom Curriculum for Gifted and Talented Students
Sumber : http://www.prufrock.com/client/client_pages/Modfying_Curriculum.cfm
Ramai para pendidik yang berpengalaman dalam pengubahsuaian kurikulum biasa kepada kurikulum yang memenuhi keperluan murid yang kurang berkebolehan. Namun, pendidik biasanya tidak berpengelaman dalam mengendalikan murid yang berkeupayaan tinggi. Murid yang pintar selalunya menyenangkan. Walaubagaimanapun, mereka juga boleh menjadi seorang yang begitu mendesak, tidak sabar, terlalu mementingkan kesempurnaan, kelakar dan terganggu. Selain itu, bagi para pendidik tidak menerima latihan yang mencukupi berhubung dengan isu yang berkaitan dengan murid pintar. Kebanyakan pendidik turut menganggap bahawa perkhidmatan yang diberi kepada murid pintar adalah bersifat elit. Namun begitu, murid pintar juga seperti murid-murid lain di mana mereka berminat untuk mempelajari sesuatu yang baru setiap hari. Objektif utama dalam pengubahsuaian kurikulum sedia ada kepada yang lebih sesuai untuk murid pintar adalah bagi memenuhi kebolehan pembelajaran murid pintar yang melebihi taraf biasa bagi murid sebaya dengan mereka dan juga menyediakan masa dan sumber yang dapat dimanfaatkan oleh murid dalam mengejar minat di bidang masing-masing. Secara total, artikel ini lebih menjurus kepada pengubahsuaian kurikulum lama berbanding memberi pendekatan baru yang lebih sesuai dipraktikkan ke atas murid pintar.

Artikel 4  - Quality Curriculum and Instruction for Highly Able Students
Sumber : http://findarticles.com/p/articles/mi_m0NQM/is_2_44/ai_n13783932/?tag=content;col1
Tiada kurikulum yang benar-benar memenuhi keperluan murid pintar yakni mereka yang lebih bijak dalam satu atau lebih bidang. Terdapat kepelbagaian situasi atau keadaan pada murid-murid pintar seperti kurang tumpuan, Sindrom Asperger's dan sebagainya. Kepelbagaian bangsa, budaya dan jantina menyumbang kepada isu menghasilkan kurikulum yang sesuai kepada mereka. Terdapat juga perkaitan yang sangat rapat di antara kurikulum dan keadaan di mana mereka belajar untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mereka berjalan dengan konsisten. Tiga pendekatan yang munsabah dalam menghasilkan kurikulum yang baik ialah penentuan ciri-ciri kurikulum dan arahan, penjelajahan terhadap keperluan murid-murid pintar dan kefahaman para guru untuk mengadaptasi kepelbagain murid-murid pintar. Ciri-ciri kurikulum yang baik adalah seperti menumpukan sepenuh perhatian terhadap fakta, konsep, prinsip, kemahuan dan sikap profesional menyediakan peluang kepada murid secara efektif dan kognitif, meletakkan murid dalam situasi pembelajaran dan pengajaran yang realiti. Selain itu, penghasilan kurikulum yang baik juga mengambil kira cabaran yang diutamakan, pemupukan sikap ingin tahu dan minat yang mendalam. Agak sukar memilih kurikulum yang paling sesuai tetapi sekurang-kurangnya kita dapat memenuhi hampir 90% dari keperluan mereka. 

Artikel 5 - What to Look for in a Good Gifted Program
Sumber : http://giftedkids.about.com/od/educationoptions/a/criteria.htm
Kebanyakan ibu bapa kepada kanak-kanak pintar berasa keliru sama ada sekolah awam mampu menyediakan pendidikan yang sejajar dengan keperluan anak pintar mereka. Adakah mereka terus menghantar anak mereka ke sekolah biasa atau mencari sebuah sekolah swasta. Sudah menjadi kebiasaan ibu bapa akan berpendapat bahawa sekolah swasta adalah lebih baik dari sekolah biasa. Namun, ini tidak semestinya betul. Murid pintar sebenarnya memerlukan persekitaran khas  dan adalah penting bagi ibu bapa untuk memahami keperluan mereka serta menghantar mereka ke sekolah yang sesuai sama ada sekolah biasa atau pun swasta. Sebelum membuat apa-apa keputusan, adalah penting untuk menilai bakat atau dimiliki oleh anak pintar itu sendiri. Terdapat beberapa elemen penting yang perlu ada pada program untuk anak pintar. Elemen-elemen tersebut ialah matlamat dan falsafah yang dipegang oleh penubuhan program tersebut, pemecutan dan penggayaan dalam sukatan pembelajaran, opsyen bidang yang pelbagai, kurikulum yang mencabar, fleksibiliti dalam pemilihan sukatan pelajaran, proses pengenalpastian pelajar pintar yang tepat, program pembangunan guru-guru, dan juga penglibatan ahli-ahli akademik. Secara kesueruhannya, artikel ini menyenaraikan garis panduan yang sangat berguna untuk dirujuk oleh ibu bapa yang dalam dilema untuk memilih sekolah yang terbaik buat anak pintar mereka.

0 comments:

Post a Comment