Pages

Saturday, February 19, 2011

Creativity and Thinking Skills for the Gifted


Artikel 1 - How to Identify Creativity In Gifted Children


Source : http://www.brighthub.com/education/special/articles/41762.aspx
Kreativiti merupakan aset yang sangat berharga yang dimiliki oleh kanak-kanak pintar. kreativiti dinyatakan dalam bentuk kelancaran imaginasi. Kanak-kanak pintar ini mengembangkan idea mereka dengan usaha mereka sendiri. Bermula dengan sebuah idea, kanak-kanak pintar berjaya mengembangkannya ke idea-idea yang lain dengan menggunakan kreativiti mereka. Fokus kanak-kanak pintar ini juga lebih menjurus kepada kesempurnaan dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Kanak-kanak pintar juga mempunyai sikap ingin tahu yang sangat tinggi dan berminat untuk mempelopori idea-idea baru. Pemikiran kreatif ini digambarkan melalui kebijaksanaan kanak-kanak mencipta idea-idea baru berdasarkan idea-idea sedia ada. Kanak-kanak pintar yang kreatif mempunyai pelbagai pandangan menngenai sesuatu isu dan tidak teragak-agak untuk bertanyakan 'bagaimana jika'. Antara aktiviti-aktiviti yang memerlukan daya kreativiti adalah 'brainstorming'. Aktiviti merupakan teknik yang efektif yang boleh digunakan oleh guru-guru bagi memantapkan kreativiti murid pintar.


Artikel 2 - Creativity in Young Children

Source : http://www.ericdigests.org/pre-9211/young.htm
Artikel ini mengulas dengan lebih terperinci mengenai beberapa perkara berkaitan dengan betapa pentingnya kajian dilakukan bagi mengesan kepintaran di peringkat awal kanak-kanak. Hal ini kerana kreativiti dalam membantu murid dalam pelbagai penyelesaian masalah. Menurut penulis, kreativiti merupakan sebagai sebuah proses, produk atau pun individu yang terhasil dari proses interpersonal dan intrapersonal. Bagi kanak-kanak, kreativiti berfokus kepada proses perkembangan idea. Artikel ini turut membicarakan mengenai perlakuan kreatif di peringkat awal kanak-kanak dan kanak-kanak di peringkat sekolah rendah, tindakan yang boleh diambil oleh guru, kesan terhadap kreativiti seseorang murid dan juga peranan orang dewasa dalam menggalakkan kreativiti di kalangan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang belum memasuki alam persekolahan, sikap ingin tahu terhadap orang dan keadaan sekeliling merupakan fenomena biasa. Apabila kanak-kanak ini sudah menempuh alam persekolahan, mereka mula mendapat pelbagai jawapan kepada pertanyaan mereka sebelum ini. Mereka juga dibantu oleh daya imaginasi. di sinilah tugas guru untuk memupuk sikap kreativiti mereka di dalam menyelesaikan pelbagai persoalan tersebut. Guru yang bijak dapat merangka kurikulum yang memberi peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan kreativiti mereka. Peranan orang dewasa dalam menggalakkan perkembangan nilai kreatif kanak-kanak dapat dilihat dengan menyediakan persekitaran yang baik. Konklusinya, artikel ini memaparkan usaha kanak-kanak, guru dan orang dewasa bersama-sama memastikan kanak-kanak dapat membesar dengan nilai kreativiti dalam diri mereka.

Artikel 3 - Fostering Academic Creativity

Source : http://www.kidsource.com/kidsource/content/academic_creativity.html
Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti akademik?. Kreativiti akademik bermaksud cara pemikiran, pembelajaran dan memproses maklumat mengenai subjek di sekolah seperti sains, mathematik dan sejarah. Apabila kita mempunyai sikap kreatif terhadap sesuatu perkara, kita akan merasa teruja dalam melakukannya. Pemikiran dan pembelajaran yang kreatif melibatkan keupayaan seperti penilaian terhadap masalah yang bakal timbul, perkara yang tidak konsisten dan elemen yang tiada, output yang berbeza dari segi kelancaran, fleksibiliti, originaliti dan penjelasan, dan redefinisi. Pembelajaran yang kreatif datang secara semulajadi yang terjadi apabila manusia menjadi semakin ingin tahu dan teruja. Kanak-kanak lebih suka untuk belajar dengan cara yang kreatif berbanding dengan mengingati maklumat yang diberi oleh guru atau ibu bapa. Mereka juga mampu belajar dengan lebih cepat dan baik. Artikel ini lebih banyak menumpukan definisi dan cara mempraktikkan kreativit ke atas pembelajaran kanak-kanak dari mengupas dengan lebih lanjut hubungan kreativiti dan kanak-kanak pintar.

Artikel 4 - Creativity as an Elusive Factor

Source : http://www.cfge.wm.edu/Gifted%20Educ%20Artices/Creativity.html
Kreativiti merupakan faktor yang tidak dapat dipastikan hubungannya dengan kepintaran seseorang. Kebanyakan penyelidik juga mendapati bahawa kreativiti merupakan salah satu komponen penting yang perlu dimiliki oleh murid pintar. Namun, kebanyakan murid pintar mengalami kurang keupayaan dalam mewujudkan kreativiti dan realitinya tidak ramai mereka yang mempunyai IQ yang tinggi merupakan seorang yang kreatif.  Oleh itu, apakah definisi sebenar kreativiti dan bagaimanakah caranya bagi memupuk nilai tersebut ke dalam diri murid pintar? Pendapat mengenai kreativiti telah berubah dari masa ke semasa melalui penyelidikan dan aplikasi strategi pemikiran kreatif. Pandangan mengenai kreativiti melalui sudut psikologi berpusat kepada pendapat bahawa kreativiti berkembang dari minat yang mendalam kepada penyamaaan kreativiti dengan aktualisasi diri yang seterusnya membawa kepada kapasiti menghubungkaitkan perkara-perkara lain. Penyelidikan yang lebih spesifik menunjukkan bahawa kreativiti berfokus kepada ciri-ciri tertentu yang menunjukkan bahawa personaliti yang kreatif sebagai asas kepada tingkah laku yang kreatif. Ciri-ciri seperti berdikari, dan suka menyahut cabaran membentuk personaliti yang kreatif. 

Artikel 5 - Developing Creativity in Gifted Children


Source : http://www.gifted.uconn.edu/nrcgt/hennesse.html
Tujuan utama artikel  ini ditulis adalah bagi menggalakkan nilai kreativiti dalam diri murid pintar. Terdapat juga para penyelidik yang berpendapat bahawa mereka yang mempunyai tahap IQ yang tinggi tidak semestinya memiliki nilai kreativiti dalam diri mereka. Namun, sudah menjadi kemestian bagi kanak-kanak pintar untuk membesar sebagai seorang yang kreatif terutama di dalam bidang seni dan juga sains. Sekiranya kanak-kanak yang pintar menyedari potensi mereka sebagai seorang yang kreatif, tumpuan yang lebih perlu diberikan untuk menggalakkan perkembangan mereka di dalam kelas. Walaubagaimanapun, kreativiti bukanlah sesuatu yang boleh dieksploitasikan dengan mudah. Kajian secara empirik oleh para penyelidik yang pakar dalam bidang psikologi sosial menyatakan bahawa terdapat hubungan secara langsung di antara orientasi motivasi yang diberikan kepada murid dalam menyelesaikan sesuatu tugasan dan kebarangkalian bagi mereka untuk menjadi kreatif, dengan persekitaran yang membentuk orientasi motivasi. Kepintaran dapat dipupuk sekiranya persekitaran adalah sesuai untuk interaksi yang berkesan antara individu dan keadaan sekeliling. 



0 comments:

Post a Comment