Pages

Saturday, February 19, 2011

Giftedness in Early Childhood

Artikel 1 - Characteristics of Young Gifted Children
Sumber : http://giftedkids.about.com/od/younggiftedchildren/a/youngtraits.htm
Pada umur berapakah seseorang itu dapat menunjukkan sikap kepintaran mereka? Kebanyakan ibu bapa dan guru percaya bahawa seseorang kanak-kanak itu dikatakan pintar jika mereka telah menduduki ujian kecerdasan dengan jayanya. Namun sebenarnya, sifat kepintaran itu sendiri dapat dikesan sejak kanak-kanak bertatih lagi. Bukan itu sahaja, dalam sesetengah kes, kepintaran turut dikesan di peringkat bayi lagi. Ibu bapa juga boleh menggunakan senarai semak berikut bagi membantu mengenalpasti kepintaran anak mereka. Namun begitu, haruslah diingat bahawa, kanak-kanak yang pintar mungkin tidak mempunyai kesemua ciri-ciri tersebut. Antara ciri-ciri yang dimaksudkan ialah; semasa bayi, anak mereka akan meragam jika dihalakan pada satu arah dalam tempoh masa yang lama dan juga mempunyai waktu tidur yang pendek berbanding bayi-bayi yang lain. Selain itu, mereka juga berkeupayaan untuk berjalan dan bercakap lebih awal berbanding kanak-kanak sebaya. Mereka juga dilihat mempunyai daya ingin tahu, menyiasat dan beradaptasi dengan keadaan sekeliling dengan lebih cepat tetapi kurang berminat dengan alat permainan. Artikel ini merupakan rujukan terbaik bagi ibu bapa yang ingin mengenalpasti kepintaran anak-anak di peringkat awal.


Artikel 2 - Giftedness in Early Childhood 
Sumber : http://goliath.ecnext.com/coms2/gi_0199-700139/Giftedness-in-early-childhood-the.html
Bagi mendefinisikan kepintaran itu sendiri merupakan sesuatu yang amat menyukarkan bagi ahli akademik dan para penyelidik. Antara literasi review yang dicadangkan oleh Clark, (1997), Dalzell (1998) and Porter (1999), kepintaran boleh membawa kepada kesukaran dalam proses 'proposed and utilized' dalam bidang pendidikan yang melibatkan kepintaran. Dalam pada itu, Dalzell (1998) menyatakan bahawa kepelbagaian definisi tersebut menunjukkan bahawa masyarakat zaman sekarang mempunyai pemikiran yang terbuka mengenai komuniti pendidikan murid pintar. Bukan itu sahaja, kepelbagaian definisi juga memberi kesan kepada kajian dan penyelidikan yang sedang dilakukan. Tujuan utama kajian mengenai kepintaran di peringkat awal usia kanak-kanak juga adalah disebabkan oleh terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira berkaitan dengan definisi kepintaran. Kepintaran di peringkat awal usia kanak-kanak juga terlalu luas konsepnya. Kebiasaannya kepintaran dilihat sebagai pembinaan multidimensi yang melibatkan kedua-dua potensi dan prestasi kanak-kanak tersebut. Pengetahuan tersebut juga penting bagi mengenalpasti sama ada di peringkat awal usia kanak-kanak mereka mampu menukarkan potensi tersebut kepada prestasi yang mengagumkan.  Kepintaran dilihat mampu memberi kesan terhadap kanak-kanak dari segi perkembangan terutama sekali ketika peringkat awal usia mereka sekaligus mempunyai impak yang signifikan pada pembangunan sosial,emosi dan intelektual mereka. Artikel ini dapat menjelaskan tentang kepintaran pada peringkat awal usia mereka dengan penuh ilmiah dan huraian yang terperinci.


Artikel 3 - Signs of Giftedness in Infants
Sumber :  http://giftedkids.about.com/od/gifted101/a/giftedtraits.htm
Ramai yang beranggapan bahawa kapintaran kanak-kanak bermula ketika mereka memulakan sesi persekolahan. Namun telahan ini ternyata meleset sama sekali kerana kepintaran turut dapat dikesan di peringkat bayi lagi. Berikut merupakan beberapa karektor bayi yang menandakan kepintaran mereka. Bayi yang mempamerkan kepekaan yang melebihi bayi-bayi biasa. Ini dapat dilihat melalui tingkah-laku mereka yang selalu melihat keadaan sekeliling. Bayi yang pintar juga memerlukan masa tidur yang kurang berbanding kebanyakan bayi.  Mereka turut memerlukan rangsangan yang berterusan ketika jaga dan mula menunjukkan mimik muka awal dari bayi seusia dengan mereka. Bayi yang pintar juga sengat cenderung untuk sensitif kepada bunyi, bau, gerakan, rasa dan menangis dengan kuat sebagai respon kepada perkata tersebut. Ini dipanggil sebagai 'supersensitivities'. Seseorang bayi itu tidak semestinya mempunyai kesemua ciri di atas untuk didianogsis sebagai bayi pintar, namun kebanyakan bayi yang pintar mempunyai lebih dari satu ciri yang dibincangkan. Ciri yang paling banyak dikesan ialah kepekaan yang ekstrem manakala ciri yang paling sukar dikesan ialah sifat sensitiviti yang sangat kuat. Hal ini kerana, apabila bayi menangis kerana respon mereka terhadap keadaan sekeliling, ibu bapa kebiasaannya menganggap tiada sebab untuk menangis dan mengklasifikasikan mereka sebagai bayi yang cerewet. Ibu bapa juga cepat membuat kesimpulan bahawa bayi mereka mengalami kembung perut. Artikel ini dapat menyedarkan ibu bapa tentang kesilapan mereka mengenai bayi yang pintar.


Artikel 4 - Premature Birth and Giftedness
Sumber : http://giftedkids.about.com/od/younggiftedchildren/qt/preemie.htm
Ramai ibu bapa berasa bimbang dan takut apabila bayi yang dilahirkan kurang matang. Ibu bapa menanti dengan penuh sabar hari yang dibenarkan membawa pulang anak mereka ke rumah dari hospital. Namun begitu, terdapat juga bayi pra-matang yang belum dibenarkan pulang dan perlu mendapatkan rawatan lebih lanjut di hospital selama berbulan-bulan. Hal ini menyebabkan ibu bapa akan berterusan berasa bimbang dan kesunyian. Meninggalkan bayi mereka berbulan-bulan merupakan peringkat permulaan dari pelbagai masalah yang bakal dihadapi di hari muka. Antaranya ialah, kesukaran dalam menentukan sama ada anak mereka telah membesar dengan normal. Pertumbuhan dan pembesaran bayi pra-matang tidak seharusnya dirujuk menggunakan carta pertumbuhan bayi yang biasa atas alasan bayi pra-matang tidak berkembang dengan kadar yang sama. Namun begitu tidak semua bayi pra-matang mempunyai perkembangan yang lebih lambat berbanding bayi biasa sperti tanggapan sesetengah ibu bapa. Bagi menentukan sama ada bayi pra-matang tersebut membesar dalam julat yang normal, ibu bapa perlulah merujuk kepada usia sebenar mereka. Adalah lebih sukar untuk menilai perkembangan bayi pra-matang yang pintar kerana bayi juga mampu menunjukkan ciri-ciri kepintaran yang berkemungkinan tidak jelas di awal kelahiran.


Artikel 5 - Early Childhood Gifted Education
Sumber : http://www.education.com/reference/article/Ref_Early_Childhood_2/
Fokus perkembangan minda kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur 3 hingga 8 tahun adalah berfokus kepada menyediakan persekitaran yang optimal terhadap  pengenalpastian, pengembangan dan pengasuhan minda kanak-kanak pintar. Ciri-ciri yang dimiliki oleh kanak-kanak pintar ini termasuklah penggunaan kosakata yang lebih meluas atau perkembangan kemahiran membaca yang lebih awal, pemerhatian yang teliti dan penuh sikap ingin tahu, dapat memproses maklumat yang lebih dari keupayaan rakan seusia dan  mampu menumpukan perhatian dalam tempoh yang lama. Kanak-kanak turut menjadikan mereka yang mengambil berat dan mengajar sebagi idola. Contohnya ibu bapa, pengasuh dan guru-guru. Tenaga pengajar yang terlibat dalam pendidikan awal kanak-kanak dan ahli keluarga mempunyai misi yang sama iaitu bagi memastikan kanak-kanak pintar ini dapat berkembang ke potensi sebenar mereka dan bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu. Selain itu, kajian juga mendapati interaktif dan respon terhadap persekitaran pada awal usia kanak-kanak membantu perkembangan kognitif dan memberi kesan terhadap perkembangan kanak-kanak. 





0 comments:

Post a Comment