Pages

Saturday, February 19, 2011

Key Issues and Problem in Gifted Children

Artikel 1 - Problems Encountered by Gifted Children
Sumber : http://www.giftsforlearning.com/problems.htm
Ramai orang berpendapat bahawa kanak-kanak yang pintar tidak mempunyai masalah. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pintar mempunyai pelbagai msalah dari kesempurnaan ke kemunduran. Tidak semua murid pintar cemerlang di sekolah. Terdapat pelbagai sebab yang boleh membawa kepada perkara tersebut. Antaranya adalah disebabkan oleh kekurangan stimulasi intelektual. Ramai individu yang terkenal dengan kepintaran tidak dikenalpasti kepintaran ketika mereka kanak-kanak. Berikut merupakan masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar pintar. Pertamanya ialah terlalu mengutamakan kesempurnaan di mana boleh membawa kepada ketakutan untuk gagal yang melampau. Hal ini boleh membawa kepada keenggana mereka untuk mencuba sesuatu termasuklah tugasan kerja rumah yang diberi guru. Seterusnya, pemerhatian, imaginasi dan keupayaan untuk melihat dengan lebih jauh akan menyebabkan kanak-kanak yang pintar merasa malu dan lebih senang untuk tidak melakukan apa-apa kerana mereka sedar akan kesan yang bakal dihadapi. Sensitiviti and sikap yang sentiasa tahu akan baik dan buruk sesuatu bileh membawa kebimbangan terhadap perang, kelaparan, pencemaran, ketidakadilan dan keganasan. Jika mereka terlalu memikirkan dan membayangkan semua ini, mereka boleh terjebak dengan masalah 'existential depression'. Artikel ini amat berguna untuk dirujuk oleh mereka yang bimbang akan masalah yang mungkin dihadapi oleh anak mereka yang pintar.

Artikel 2 - Social and Emotional Problems Affecting Gifted Children
Sumber : http://giftedkids.about.com/od/socialemotionalissues/a/gtproblems.htm
Murid pintar turut mengalami masalah sosial dan emosi yang boleh merencatkan perlembangan karektor mereka. Justeru itu, adalah penting bagi memastikan pengaruh kepintaran terhadap perilaku mereka. Kebanyakan masalah sosial dan emosi murid pintar adalah berpunca dari 'Asynchronous Development'. Murid yang pintar selalunya mudah untuk memahami konsep abstrak secara intelektual. Namun, mereka mengalami kesukaran untuk berdepan dengan masalah yang melibatkan emosi di mana membawa kepada kebimbangan mereka tentang kematian, masa depan dan isu-isu lain. Perkembangan fizikal murid pintar juga boleh menyebabkan ketidakupayaan mereka untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang boleh diselesaikan melalui kebolehan intelektual. Kanak-kanak pintar juga turut mampu melibatkan diri dalam perbincangan orang dewasa yang berkisar tentang isu semasa seperti masalah pemanasan global. Pada masa yang sama, mereka turut menjadi kanak-kanak yang sama yang menangis apabila berebut alat permainan dengan kanak-kanak lain. Secara tuntasnya, artikel ini menawarkan intipati yang berguna bagi ibu bapa dalam berdepan dengan situasi murid pintar. 

Artikel 3 - Gifted People and their Problems
Sumber : http://talentdevelop.com/articles/GPATP1.html
Mereka yang pintar selalu cenderung untuk memiliki sikap-sikap tertentu yang boleh membawa kepada perkara negatif yang menjauhkan mereka dari rakan sebaya. Sementara itu, mereka juga dikatakan sering berdepan dengan masalah tidak berupaya untuk mengadaptasikan kebolehan diri berhubung dengan ciri-ciri kebijaksanaan, IQ atau kreativiti dalam sesuatu bidang.  Kebanyakan masalah ini dapat dikaitkan dengan emosi dalaman dan perasaan mereka serta masalah untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang sekeliling. Ciri-ciri seperti inilah yang membawa kepada kesan yang lebih buruk seperti menimbulkan salah paham dan pandangan negatif. Justeru itu, mereka sering dipandang rendah oleh rakan-rakan sebaya, masyarakat dan dalam sesetengah kes, diri mereka sendiri. Hal ini membawa kepada kegagalan mereka menggunakan kelebihan yang dianugerahkan serta jarang sekali dapat mencapai potensi sebenar disebabkan tidak menggunakan seluruh kekreativian mereka.

Artikel 4 : Behavior Problems for Gifted Children
Sumber : http://www.edubook.com/behavior-problems-for-gifted-children/23587/
Kebanyakan ibu bapa cenderung untuk berasa bangga sekiranya anak mereka didiagnosis sebagai anak yang pintar.  Mereka mula memikirkan pelbagai kelebihan dan peluang yang bakal diperolehi serta peluang yang lebih cerah untuk berjaya di masa hadapan. Walabagaimanapun kepada mereka yang mempunyai anak yang pintar adalah penting bagi memahami dan memerhati tingkah laku mereka yang berkemungkinan mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri. Jika lebih awal bagi seseorang kanak-kanak itu menunjukkan ciri-kepintarannya, ini menandakan suatu perkembangan yang bagus pada masa akan datang. Salah satu masalah yang berkenaan dengan kanak-kanak pintar adalah mereka cenderung untuk cepat berasa bosan. Situasi ini dapat dilihat dengan jelas apabila mereka diletak secara berterusan dengan murid-murid yang berprestasi sederhana. Sebagai kanak-kanak yang dianugerahi kelebihan untuk belajar dengan lebih cepat, meletakkan mereka sekelas dengan murid yang sebaya bukanlah suatu idea yang bijak. Apabila menjalani rutin pembelajaran bersama-sama murid-murid sederhana, murid pintar akan mengadaptasikan diri mereka di paras pemikiran yang sama dengan murid lain. Murid pintar ini mungkin bersedia untuk menerima ilmu dengan lebih lagi. Namun, mereka tidak akan meneruskan niat tersebut bagi mengikut standard sekelas.

Artikel 5 - Dyslexia, Problem of the Most Gifted Kids
Sumber : http://parentingteens.com/blog/2010/07/06/dyslexia-problem-of-the-most-gifted-kids/
Disleksia merupakan satu masalah yang dihadapi oleh ramai kanak-kanak di mana mereka mengalami kesukaran membaca dan mengeja. Murid yang pintar juga tidak terkecuali dari mengalami masalah yang sama memandangkan disleksia tidak memilih usia tetapi boleh ditangani. Menurut Kids Health, kanak-kanak yang mengalami disleksia bergelut untuk menguasai asas membaca dan mengeja termasuklah memahami cara pengucapan sesebuah perkataaan, memberi tumpuan kepada bahan cetakan iaitu huruf-huruf dan perkataan, menghubungkan pengucapan kepada perkataan,  menyusun huruf-huruf menjadi ayat,  mengawal pergerakan mata ketika membaca, membina imej dan idea, membandingkan idea baru dengan idea yang sedia idea serta menyimpan idea tersebut ke dalam memeori. Memandangkan kebanyakan kemahiran tersebut berlaku pada masa yang sama, murid-murid mengalami kesukan dalam menguruskannya. Memandangkan kanak-kanak disleksia sukar untuk memulakan langkah membaca, mereka juga mengalami situasi yang bertambah sukar dalam proses pembelajaran. Disleksia merupakan masalah yang berpunca dari otak yang bergelut untuk menghubungkan huruf-huruf dan bunyi. Justeru itu, bagi kanak-kanak disleksia, adalah hampir tidak munasabah bagi mereka untuk membezakan bunyi pengucapan atau cara pengejaan.



0 comments:

Post a Comment