Pages

Thursday, June 2, 2011

Soalan Penyelesaian Masalah tajuk Money

NAMA  : _________________________

Selesaikan masalah berikut.

1.      1.  Dina membeli 3 kg strawberi di Strawberry Farm. Harga strawberi ialah RM 18 sekilo. Dia juga membeli sebuku roti dari kedai roti berharga RM 2.45. Berapakah harga yang perlu dibayar oleh Dina bagi kedua-dua barang tersebut?

2.    2.   Semasa bercuti di Genting Highlands, Aiman membeli 5 keping poskad yang berharga RM 1.75 sekeping. Sekiranya dia membayar sebanyak RM10, berapakah baki yang akan diperolehinya?

3.     3.    Puan Rusliana dan Encik Faizal membawa 3 orang kanak-kanak ke melawat sebuah zoo. Harga bagi satu tiket masuk ialah RM4.30. Sebelum mereka pulang, mereka membeli snek berharga RM 5.60. Berapakah jumlah harga yang perlu dibayar oleh Encik Faizal?

4.      4.   Encik Rusle dan Puan Latipah membawa cucu mereka ke Gambang Waterpark. Setiap orang telah membeli  sandwich berharga RM 1.20. Mereka juga makan salad yang berharga RM2.80. Sekiranya  mereka memperolehi diskaun sebanyak RM5.00, berapakah jumlah yang perlu mereka bayar?

5.         5. Di kedai Gula-gula Manis, Shiela membeli 7 keping coklat. Satu keping berharga RM4.35. Adiknya meminta dibelikan 4 keping lagi. Berapakah harga yang perlu dibayar kepada pekedai tersebut?

6.       6. Aina, Aiza, Ain dan Amirul mahu membeli tiket kapal terbang kepada ibu dan bapa mereka yang mahu pergi menunaikan umrah. Satu tiket berharga RM 6000. Walau bagaimanapun, pengurangan diskaun sebanyak 25% akan diberikan. Berapakah nilai tambang yang perlu dibayar oleh setiap orang anak?

0 comments:

Post a Comment