Pages

Thursday, June 2, 2011

Pendekatan Konstruktivisme dan Masteri

Saya sangat menggemari teori konstruktivisme. Pada pendapat saya, murid harus membina sendiri pengetahuan mereka melalui aktiviti p&p yang direka khas oleh guru terutamanya yang melibatkan aktiviti psikomotor. Sekiranya murid itu lemah, bantuan rakan-rakan di dalam kumpulan dapat membantu mereka menerima ilmu. Saya kurang menggemari pembelajaran masteri kerana kadangkala p&p mengambil masa yang lama sedangkan murid sebenarnya mempunyai pelbagai kebolehan. Sekiranya satu tajuk agak susah bagi mereka kuasai seperti tajuk bahagi dua nombor tetapi mereka mungkin menggemari tajuk pecahan wajar yang agak mudah dikuasai. Saya lebih suka mengajar semua tajuk berbanding menumpukan kepada sesuatu tajuk dengan harapan, mereka masih memahami sedikit perkara lain daripada tertinggal terus. Walau bagaimanapun, sebagai guru matematik, saya masih mengamalkan pembelajaran masteri terutamanya dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Namun, pada banyak keadaan, saya lebih suka menggunakan pendekatan murid melakukan sesuatu untuk mendapat pengalaman dan ilmu, terutamanya semasa pembinaan konsep matematik.

0 comments:

Post a Comment