Pages

Thursday, December 6, 2012

Masih memburu cita-cita

Salam...
Saya agak tersentak dengan teguran seorang rakan lama, As... dia ada cakap, awak bukan pensyarah ke? dan dia masih ingat cita-cita saya itu semenjak kami dalam tingkatan 2 lagi.... Saya akui, saya bukan pelajar yang bijak... yang sedang2 sahaja... tetapi bercita-cita tinggi....Hari ini, saya bergelar seorang guru dan saya bangga menjadi seorang guru... Biar apapun pandangan negatif terhadap profesion ini, I'm proud to be a teacher.... Hari ini juga, saya tersedar bahawa dalam usia 34 tahun pun, saya masih mengejar cita-cita saya... satu hari, saya ingin berada seperti gambar di bawah.

Perjalanan itu masih jauh... tetapi ia adalah perjalanan yang paling manis dalam sejarah hidup saya. Memiliki seorang suami yang sangat penyayang dan menyokong kerjaya, seorang puteri  dan seorang putera yang lincah dan bijak serta kerjaya yang sangat dicintai adalah suatu kurniaan yang amat saya syukuri. Alhamdulillah, doa dari suami, mak dan abah sentiasa mengiringi perjalanan ini. Laluan ini agak sukar tetapi alhamdulillah... saya sedang berusaha melangkah kehadapan... peluang menjadi tutor sambilan di UPSI dan OUM banyak memberi pengalaman kepada saya untuk melangkah terus ke hadapan...

Padamu Allah,
Terima kasih kerana mengurniakan segala-galanya buatku....

Buat suamiku, Fairul Hadi bin Mahmud,
Terima kasih kerana sentiasa merestui dan mengiringi langkahku....

Buat anakku Nurul Iman Irdyna dan Ahmad Muizzuddin Iman...
Kalian permata hati mama yang sangat indah

Buat ibuku Latipah binti Ismai,l abahku Rusle bin Othman dan Mahmud bin Bakri
Terima kasih kerana sering mengingatkan langkahku,

Buat semua semua kekanda dan adindaku yang hebat,
Terima kasih kerana memahamiku,

Buat Nur Rania dan Amal Ashraf,
Kalian juga inspirasiku,

dan buat semua anak didikku
siapapun kamu, sama ada di SK Desa Bakti, SMK Bukit Damar, SK Damansara Utama, SK Mentakab Jaya, Kolej Informasi Multimedia, OUM dan UPSI, pengalaman mendidik dan mengajar itulah mencorakkan garis hidup saya... terima kasih kerana memberikan pengalaman berharga itu buat saya...


0 comments:

Post a Comment