Pages

Saturday, January 29, 2011

Muhammad Ahmad Zahid yang kukagumi

Siapa empunya nama? Mari kita lihat sepintas lalu siapa dia. Saya copy sikit pasal budak pintar ni dari KOSMO! Online.

Marathon Muhammad

Muhammad bukanlah dilahirkan terus sebagai seorang hafiz Quran. Beliau melalui 'marathon' yang panjang dan menuntut banyak pengorbanan. Ahmad Zahid Zainal Abidin dan Siti Khadijah Fadzil bercerita tentang kelahiran al-hafiz ini.

KEMENANGAN terkini Muhammad apabila diumumkan sebagai pemenang bagi kategori bacaan terbaik pada Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) ke-12, September lalu.


JIKA selama ini kanak-kanak sering ditegur kerana berbuat bising ketika berada di dalam atau pekarangan masjid, surau, musolla dan mana-mana rumah ibadat, kehadiran adik Muhammad Ahmad Zahid, 13, sebaliknya disambut bagaikan menatang minyak yang penuh.
Bukan saja orang dewasa, sebaliknya kanak-kanak juga tersenyum lebar tatkala melihat kelibatnya dan berdebar-debar saat menunggu beliau berdiri di depan mikrofon. Almaklumlah, suara anak muda berkulit putih gebu ini kini lunak berkumandang di saluran TV9 setiap kali masuk waktu Zohor dan Asar. Muhammad juga dapat ditemui dalam program Mari Bertarannum di saluran yang sama pada setiap Isnin hingga Rabu mulai pukul 6.30 petang.
"Bacaannya amat mempesonakan," begitu lapor sebuah akhbar tempatan di Dubai ketika Muhammad menyertai musabaqah hafazan al-Quran 30 juzuk di Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) ke-12 yang berakhir pada 20 September 2008. Muhammad menjuarai kategori bacaan terbaik pada acara itu.
Malah, sebelum mewakili Malaysia ke sana, Muhammad merakam 'resume' yang cukup membanggakan apabila berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran ketika berumur 10 tahun.


Setahun sebelum itu, Muhammad terlebih dulu menghafaz kitab hadis Matan Al-Arbain himpunan Al-Imam Al-Nawawi, Matan Tuhfatul Atfal dalam bidang tajwid, 60 kaedah fiqh, syarah Matan Al-Ajrumiyah dalam nahu dan beberapa kitab saraf dalam bahasa Arab.
Tidak bersekolah di sekolah kerajaan, Muhammad sebaliknya dihantar mengikuti pengajian di sekolah agama swasta seperti Institut Al-Quran Kuala Lumpur Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Muassasah Darul Furqan Bangsar, Maahad Tahfiz Al-Azhariyyah Shah Alam dan pengajian secara intensif serta individu dengan Allahyarham Syeikh Hussain dari Myanmar di Petaling Jaya.
Bagaimanapun, penswastaan pendidikan Muhammad tidak menandakan beliau terputus daripada dunia 'normal' masyarakat di sekeliling. Anak sulong daripada lima adik-beradik ini mempelajari ilmu akademik dengan menghadiri kelas tuisyen bersama Kumon. Selain itu, Muhammad juga mahir berenang, memiliki tali pinggang hitam (Dan pertama) dalam taekwon-do, menganggotai kelab ilmu astronomi dan kelab komputer.
Nah, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana Muhammad dapat melakukan kesemuanya? Semasa ditemui di rumahnya di Taman Tun Dr. Ismail, Muhammad baru saja pulang daripada sesi rakaman program Mari Bertarannum di Shah Alam.


"Kami keluarga marathon, sentiasa berkejar ke sana ke mari. Memang tidak ada masa lapang. Tetapi kami lakukan kesemuanya bersama-sama," kongsi ibu Muhammad, Dr. Siti Khadijah Fadzil, 41, yang merupakan seorang doktor gigi di Klinik Pergigian Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Bermula dengan solat Subuh berjemaah, jika musim bersekolah, Muhammad dan tiga lagi adiknya, Siti Aminah, 12, Ismail, 8, dan Fatimah, 7, dihantar ke sekolah Darul Hikmah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
"Anak-anak ke sekolah dari 8 pagi hingga 5 petang, jadi sama seperti waktu kerja. Balik ke rumah, kami berjemaah Maghrib dan Isyak di masjid berdekatan. Kami masuk tidur awal. Paling lewat pukul 10 malam. Muhammad dan adik-adik dihantar berenang, belajar taekwon-do dan menyertai kelab-kelab lain pada hujung minggu," kata bapa Muhammad, Ahmad Zahid Zainal Abidin, 41.

KELUARGA MARATHON. Dari kiri (barisan belakang): Muhammad, 13, Abdullah, 1, Ahmad Zahid, 41, Siti Khadijah, 41 dan Siti Aminah, 12. (Barisan depan): Ismail, 8, dan Fatimah, 7.


Penasihat undang-undang KLCC ini juga berkata Muhammad mengamalkan mengulang hafazan sekurang-kurangnya lima juzuk setiap hari.
"Dalam masa enam hari, Muhammad dapat mengkhatam keseluruhan al-Quran. Maksudnya dalam masa sebulan, dia khatam al-Quran lima kali," tambah Ahmad Zahid.
Muhammad, akui Siti Khadijah, umpama anugerah yang tidak ternilai.
"Muhammad sudah dapat mengaji di depan khalayak dengan tenang semasa berumur enam tahun. Pendek kata setiap kali berada di depan khalayak, dia memang tidak ada masalah gugup, takut dan sebagainya. Sebaliknya, kami (ibu bapa) yang risaukan keadaan dia. Seperti dia memang dilahirkan untuk semua ini ," katanya.
Keupayaan anak sulong daripada lima adik-beradik itu berdepan dengan audien berskala besar dan para juri dengan tenang bukanlah terjadi secara spontan.
"Kami mencari peluang untuk membiasakan Muhammad dengan orang ramai. Kami hantar surat kepada jawatankuasa masjid dan surau, meminta kebenaran agar Muhammad dibolehkan mengaji al-Quran di masjid berkenaan sebelum Solat Jumaat dimulakan. Jadi kami ada strategi, membiasakan Muhammad dengan audien berskala kecil sehinggalah besar. Ia dijadikan sebagai satu bentuk latihan kepadanya," jelas Ahmad Zahid.
Siti Khadijah menambah, keputusan membentuk Muhammad sebegini sebenarnya berpunca daripada memikirkan nasib anak-anak mereka pada masa depan.
KIRI: TIDAK ketinggalan dengan kemajuan dunia ICT, Muhammad dibenarkan melayari Internet, namun dengan pengawasan yang berterusan.


"Dulu, keadaan tidak mencabar seperti sekarang. Anak-anak boleh dibiarkan buat aktiviti apa pun. Mereka juga tidak mempunyai pilihan sebanyak sekarang. Jadi kami fikir kena kuatkan diri mereka dengan agama terlebih dulu sebelum mendedahkan mereka kepada perkara lain," katanya.
Dengan empat orang adik berada di belakang setiap langkah Muhammad, Ahmad Zahid menjelaskan empat lagi anaknya akan dibentuk menggunakan 'acuan' yang sama.
"Memanglah kosnya lebih tinggi kerana semuanya pun swasta. Tetapi niat kami bukanlah hendak melahirkan seorang ikon, yang kemudiannya lebih takut membuat silap di hadapan audien berbanding keikhlasannya sendiri membaca al-Quran," jelas Ahmad Zahid.

MAMA MENDOAKAN KEDUA-DUA ANAK MAMA JUGA PINTAR DAN BIJAK. PALING PENTING, SENTIASA MELETAKKAN ALLAH DI TEMPAT TERATAS DAN MENJADIKAN NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI IDOLA. SYABAS MUHAMMAD AHMADI ZAHID, MOGA SENTIASA DILINDUNGI ALLAH SELALU

Friday, January 28, 2011

DIPETIK DARI BERITA HARIAN

FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam


  • 1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  • 2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  • 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  • 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Pupuk bakat anak....

Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak
Dr Fadzilah Kamsah
Pakar motivasi

GIFTED CHILDREN CARTOON

BIJAK, MEMANG BIJAK

Tuesday, January 18, 2011

Apakah maksud kepintaran?


Model ini dibina oleh J. Renzulli.

These are the characteristic of gifted children:

  • Variety of Interests
  • Excellent memory
  • Long attention span
  • Unusual curiosity 
  • Persistence in attacking difficult mental tasks
  • Creative ability/Divergent thinking skills
  • Good problem solving/reasoning abilities
  • Rapid learning ability
  • Leadership qualities
  • High degree of energy
  • Above average language development
  • Early/avid reader
  • Preference for older/matured companions
  • Unusual emotional depth and intensity 
  • Heightened sensitivity
  • Non-conformity behavior
  • Above average ability with numbers/jigsaw puzzles
  • Keen powers of observation
  • Vivid imagination
  • Good sense of humor
  • Sense of justice and moral sensitivity
  • Perfectionism
  • Apparent maturity in judgment

Sunday, January 16, 2011

SALAM PENGENALAN







Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang dibina khas untuk memenuhi keperluan kursus Mathematics for Gifted Children. Saya harap ini bukan sahaja sekadar memenuhi kehendak kursus tetapi juga sebagai tempat kita berkongsi maklumat tentang murid2 cerdas dan pintar serta memahami keperluan mereka....


Buat anak didikku di SK Desa Bakti, cikgu percaya ramai diantara kamu yang 'gifted' dan cikgu sedang cuba untuk membimbing kamu.... percayalah, sesungguhnya kamu semua akan berjaya.


Buat anakanda ku Irdyna dan Muiz, mama juga nampak kepintaran kamu. Terima kasih duhai Prof Madya Dr. Marzita Puteh, keranamu aku mendapat ilmu yang akan dipraktikkan untuk semua anak didikku dan anak-anakku.....